Punca kematian Muhammad Idlan Fareeq belum diketahui, suspek direman 6 hari

26 Sep 2026 • 4:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

ALZAFNY AHMAD

SEREMBAN: Punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Muhammad Idlan Fareeq Shahril masih belum dapat ditentukan selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang oleh Pakar Patologi Forensik HTJ, Dr. Akma Nurain Fairuz Mahamad Arif.

“Berdasarkan hasil bedah siasat, punca kematian masih belum dapat ditentukan pada masa ini dan pihak hospital masih menunggu keputusan ujian lanjutan,” katanya.

Sementara itu, Alzafny berkata, permohonan reman berkaitan kes berkenaan telah dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

“Reman enam hari bermula hari ini,” ujarnya. – UTUSAN

The post Punca kematian Muhammad Idlan Fareeq belum diketahui, suspek direman 6 hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved