Bayi 7 bulan tersepit jari pada 'baby walker'

LocalFamily & Parenting
14 Apr 2026 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ibu jari kanan seorang bayi tersepit pada 'baby walker' dalam kejadian pada Selasa.

KLANG - Seorang wanita terpaksa meminta bantuan bomba bagi membantu mengeluarkan ibu jari kanan bayinya yang tersepit pada 'baby walker' dalam kejadian di Kampung Suara Kapar di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.41 tengah hari sebelum empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba pada jam 1.01 tengah hari selepas menempuh jarak kira-kira 21 kilometer.

"Komander operasi melaporkan seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan didapati tersepit ibu jari pada 'baby walker'.

"Anggota bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan selamat menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved