Bayi baru lahir maut ditikam ibu sendiri

19 Nov 2026 • 8:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bayi baru lahir maut ditikam ibu sendiri

IPOH: Perbuatan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menikam bayi yang baru dilahirkannya sehingga maut terbongkar selepas dia menceritakan kejadian itu kepada seorang kenalan yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai bertindak menikam bayi perempuan itu sebelum meminta bantuan teman lelakinya untuk menanam mayat mangsa di belakang rumah.

Katanya, kejadian di Pantai Remis itu berlaku pada Sabtu lalu sebaik sahaja bayi perempuan berkenaan dilahirkan.

“Suspek merupakan ibu kandung mangsa dan dia sendiri yang menikam bayi itu. Berdasarkan pemeriksaan, terdapat dua kesan tikaman di bahagian dada.

“Selepas kejadian, suspek memanggil teman lelakinya untuk membantu menanam mayat bayi berkenaan di belakang rumah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

Katanya, ibu bayi dan teman lelakinya telah ditahan dan kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 23 November depan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mengulas kemungkinan suspek mengalami masalah kesihatan mental atau tekanan selepas bersalin, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Mungkin kita akan hantar suspek untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan psikiatri,” katanya. – UTUSAN

The post Bayi baru lahir maut ditikam ibu sendiri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved