Bayi bertali pusat ditemukan dalam tong sanitari tandas di LTAPP

2 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bayi bertali pusat ditemukan dalam tong sanitari tandas di LTAPP

SHAH ALAM, 2 SEPT: Seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam tong sanitari di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Penemuan menyayat hati itu dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu sebelum beberapa rakaman berkaitan kejadian tular di media sosial sejak semalam, lapor Harian Metro.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan uri dan tali pusat yang masih bersamanya ketika ditemukan.

Difahamkan, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan bayi terbabit turut ditahan polis bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi polis berhubung penemuan bayi berkenaan termasuk tangkapan terbabit.

Maklumat lanjut mengenai keadaan bayi serta siasatan kes itu masih menunggu kenyataan pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved