Buang bayi di LTAPP: Wanita tempatan, lelaki Myanmar dicekup

2 Sep 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buang bayi di LTAPP: Wanita tempatan, lelaki Myanmar dicekup

BALIK PULAU – Seorang wanita tempatan bersama lelaki Myanmar ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam tong sanitari, sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, penahanan kedua-suspek berusia 22 dan 23 tahun itu dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 31 Ogos lalu.

Munurutnya, siasatan mendapati bayi lelaki itu ditemukan di dalam sebuah tandas orang kurang upaya (OKU) oleh pekerja pembersihan di situ.

“Penemuan bayi itu selepas pekerja pembersihan terdengar bunyi tangisan dari dalam tong sanitari. Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Anuwal memberitahu, hasil siasatan dan semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan di Kompleks Bukit Jambul.

“Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan turut didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang turut menjalankan
pemeriksaan di lokasi kejadian dan beberapa sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.

“Suspek wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dihantar ke hospital untuk rawatan manakala suspek lelaki direman selama empat hari, bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penemuan seorang bayi yang masih bertali pusat di sebuah tandas di LTAPP, Bayan Lepas di sini yang tular di media sosial, sejak semalam. -KOSMO! ONLINE

The post Buang bayi di LTAPP: Wanita tempatan, lelaki Myanmar dicekup appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved