Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri di Gombak

23 Oct 2026 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri di Gombak

SHAH ALAM, 23 OKT: Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam kotak yang ditinggalkan di bawah tangga Pangsapuri Desa Aman Puri di Gombak, semalam.

Bayi berkenaan ditemukan di Blok 1, Desa Satu, pangsapuri berkenaan oleh seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada jam 9.14 pagi.

“Laporan dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun yang menemui bayi berkenaan.

“Bayi lelaki itu dipercayai ditinggalkan oleh individu yang belum dikenal pasti,” katanya seperti dilapor BH.

Menurut beliau, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan sudah ditempatkan di hospital untuk pemantauan lanjut.

“Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Hisham Mohd Rahman@Amir Hamzah di talian 010-947 5532 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved