Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah di Bangsar 

23 Oct 2026 • 7:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah di Bangsar 

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan dianggarkan berusia tujuh bulan ditemukan di sebuah kawasan pembuangan sampah di Bangsar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi di dalam tong sampah itu pada 10.43 pagi.

“Mayat bayi terbabit telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hoo memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil bagi  membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 dan Hotline Polis Brickfields 03-2297 9222 atau hadir ke balai polis berdekatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved