Polis tahan penunggang motosikal halang laluan ambulans 

23 Oct 2026 • 9:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan penunggang motosikal halang laluan ambulans 

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki menghalang laluan sebuah ambulans di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Tiram, dekat sini, yang turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya mengesan video berdurasi 44 saat yang dimuat naik menerusi akaun TikTok “MRCS Penang” hari ini memaparkan seorang penunggang motosikal menghalang laluan ambulans.

“Susulan video tular itu, polis berjaya mengesan dan menahan lelaki tersebut hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan.

Katanya, tindakan menghalang laluan kenderaan kecemasan boleh menjejaskan usaha menyelamatkan nyawa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved