
Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa keganasan dan dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii oleh seorang lelaki yang dikenalinya dalam dua kejadian berasingan di bilik sewanya di sebuah kondominium berhampiran Kampung Batu Muda, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, laporan diterima kira-kira jam 2.33 petang pada Jumaat. Hasil maklumat awal mendapati mangsa sebelum itu berada di bilik sewanya bersama bayi berusia 10 bulan ketika kejadian pertama berlaku sekitar jam 11 malam pada Rabu.
Menurut beliau, tangisan bayi berkenaan didakwa menyebabkan suspek berang sebelum menumbuk muka mangsa sehingga mengalami bengkak dan lebam. Keesokan harinya kira-kira jam 11 pagi, mangsa turut mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii oleh lelaki tersebut.
Baca juga:
Pergaduhan di Balai Polis Meru: Lima lelaki ditahan
Kerajaan akan pastikan semua MP hadir sokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri Jun ini
Pengarah ladang Farm Fresh maut nahas helikopter di Filipina
Mangsa alami kesakitan, turut diugut
Basri berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kesakitan di bahagian muka sebelah kiri, belakang leher serta bahagian dubur. Mangsa juga mendakwa telah diugut sehingga berasa terancam.
Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek sejak Januari lalu melalui seorang kenalan dan hubungan mereka sekadar pada peringkat berkenalan tanpa ikatan perkahwinan. Suspek juga dilaporkan beberapa kali menumpang di bilik sewa mangsa sebelum insiden terbabit berlaku.
Polis jalankan siasatan lanjut
Selepas dua kejadian tersebut, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum tampil membuat laporan polis.
Bagaimanapun, laporan perubatan mendapati tiada kesan kecederaan seperti yang didakwa mangsa. Polis kini meneruskan siasatan dan sedang giat mengesan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azwani Londing di talian 016-9882594 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Buletin TV3
The post Bayi menangis, wanita dakwa ditumbuk dan diliwat rakan lelaki dalam bilik sewa appeared first on The Reporter.



