Bayi perempuan maut dalam tandas, pasangan pelajar kolej ditahan

30 Jul 2026 • 1:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad ketika sidang media mengenai kes bayi perempuan maut di Kluang.

Polis menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan ditemukan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, Johor pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1 tengah hari selepas pelajar perempuan terbabit menghubungi gurunya sebelum dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu telah melahirkan bayi dan terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut di rumah sewa pelajar terbabit menemukan mayat bayi perempuan yang telah meninggal dunia.

Baca juga:

Tambahnya, pemeriksaan awal ke atas bayi berkenaan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

Susulan kejadian itu, polis turut menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai teman lelaki kepada pelajar perempuan terbabit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

The post Bayi perempuan maut dalam tandas, pasangan pelajar kolej ditahan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved