Bayi Setahun Empat Bulan Maut Dipercayai Didera Nenek Tiri Yang Jaga Sejak Lahir

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hati siapa yang tak luluh apabila seorang bayi perempuan yang baru berusia setahun empat bulan dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.

Memetik laporan Harian Metro, bayi kecil itu didakwa menjadi mangsa penderaan oleh nenek tirinya sendiri yang menjaga mangsa sejak dilahirkan.

Bayi didapati didera selepas bedah siasat dibuat

bayi

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor, selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di rumah berkenaan.

Bayi tersebut difahamkan merupakan anak tidak sah taraf kepada seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Ibunya menyerahkan penjagaan bayi itu kepada nenek tiri kerana masih menuntut di sebuah kolej vokasional di Johor.

Sejak lahir, mangsa tinggal bersama nenek tiri dan datuknya di rumah tersebut.

Siasatan awal polis mendapati bayi kecil itu dipercayai dipijak dan dipukul menggunakan tangan serta kaki oleh wanita warga tempatan berkenaan.

gari
Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun pada jam 9.30 pagi, 31 Julai lalu.

Wanita itu mendakwa bayi berkenaan ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya. Dakwa wanita itu lagi, bayi tidak memberi sebarang tindak balas ketika cuba dikejutkan daripada tidur.

Petugas kesihatan yang tiba cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi itu, namun bayi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 10.30 pagi hari yang sama.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada trauma pada bahagian perut dan dada akibat objek tumpul.

Malah, terdapat juga kesan luka dan lebam di badan bayi berkenaan dipercayai akibat daripada perbuatan penganiayaan ke atasnya sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

Pada peringkat awal, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan mangsa sehingga meninggal dunia.

Susulan hasil bedah siasat, kes kemudian diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sepanjang siasatan, polis turut menahan datuk serta ibu bayi namun mereka dibebaskan dengan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan saksi pendakwaan.

The post Bayi Setahun Empat Bulan Maut Dipercayai Didera Nenek Tiri Yang Jaga Sejak Lahir appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved