'Beberapa hari sebelum meninggal, rakan lihat Farres Putra berdoa lebih lama'

31 Aug 2026 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Beberapa hari sebelum meninggal, rakan lihat Farres Putra berdoa lebih lama'
Allahyarham pelumba motosikal negara, Farres Putra Mohd Fadhil.
Image from: 'Beberapa hari sebelum meninggal, rakan lihat Farres Putra berdoa lebih lama'
Taufiq (kiri) mengunjungi rumah keluarga Allahyarham Farres di Shah Alam pada Isnin.

MENTERI Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengakui kunjungannya menziarahi keluarga Allahyarham pelumba motosikal negara, Farres Putra Mohd Fadhil di Shah Alam meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Menurut Taufiq, hasrat asalnya adalah untuk memberi sokongan kepada keluarga yang sedang berdepan kehilangan, namun kunjungan itu akhirnya memberi ruang kepadanya merenung tentang kehidupan dan perjalanan manusia yang singkat.

"Saya datang untuk menziarahi sebuah keluarga yang sedang kehilangan seorang anak. Tetapi saya pulang dengan hati yang lebih banyak belajar tentang hidup. Tentang betapa singkatnya usia kita," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

**media[3632283]**

Beliau berkata, kecintaan Farres terhadap sukan permotoran bermula sejak kecil apabila sering berada dalam dunia perlumbaan bersama bapanya, Mohd Fadhil yang pernah bergelar pelumba kereta profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Cub Prix Gong Badak, Farres Putra pergi selamanya

Bakat dan minat itu terus berkembang apabila Farres menyertai program pembangunan sukan permotoran kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebelum melangkah ke pentas profesional serta mencipta nama dalam arena perlumbaan negara.

Antara pencapaian membanggakan Farres termasuk menjuarai keseluruhan FIM MiniGP Malaysia 2021, mewakili negara ke FIM MiniGP World Series Final di Valencia, Sepanyol selain mengukir kejayaan dalam saingan Malaysian Cub Prix termasuk kemenangan sulung kategori CP150 tahun ini.

Namun, Taufiq berkata, kejadian yang menimpa Farres mengingatkan bahawa manusia tidak pernah mengetahui bila sesuatu perkara akan menjadi detik terakhir dalam kehidupan.

Katanya, beliau turut tersentuh selepas dimaklumkan rakan-rakan Allahyarham bahawa doa Farres selepas solat beberapa hari sebelum pemergiannya dilihat lebih panjang dan bersungguh-sungguh berbanding kebiasaan.

"Kisah itu membuat hati saya tersentuh. Mungkin itu antara doa-doa terakhir Farres bersama Allah," katanya.

Taufiq turut berkongsi detik ketika melihat gambar terakhir Farres sebelum perlumbaan yang menunjukkan pelumba muda itu masih ceria dan bergurau bersama rakan-rakan.

"Tiada siapa menyangka itulah antara detik-detik terakhirnya di dunia. Ada salam yang sebenarnya salam terakhir. Ada pelukan yang sebenarnya pelukan terakhir. Ada doa yang rupanya doa terakhir," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved