
PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat dan pokok tumbang ekoran hujan lebat petang tadi.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di sekitar Taman Melawati, Wangsa Maju, Jalan Genting Klang dan Bandar Kinrara, Puchong.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Aisyahalhabshi memaklumkan, kejadian banjir dilaporkan berlaku di Melawati.
“This is (Ini adalah) Melawati. Kalau hujan tidak berhenti seminggu tak tau la jadi macam mana,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tolongbaginama pula memberitahu, kejadian banjir kilat turut berlaku berdekatan Stesen LRT Bandar Kinrara.
“Info siapa yang parkir kereta dekat LRT Bandar Kinrara pergi alih kereta cepat. Semoga dipermudahkan urusan semua,” katanya.
Dalam pada itu, kejadian pokok tumbang pula dilaporkan berlaku di Wangsa Maju sehingga menyebabkan dua buah kereta mengalami kerosakan.
Kejadian tersebut dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali Kedainasimimi.
“Kejadian pokok tumbang dan hempap dua buah kereta baru berlaku di Wangsa Maju (berdepan Sekolah Menengah Seksyen 5). Pemilik kereta masih belum tahu,” kongsinya.-KOSMO! ONLINE
The post Beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat, pokok tumbang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Negara lain tengah makan asap, dia dah mula tanam semula sawit](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-08-at-6.00.25-PM-1024x768.jpeg)



