Yang di-Pertuan Agong nasihatkan tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 4:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yang di-Pertuan Agong nasihatkan tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat jerebu ditutup bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin.

Keprihatinan itu susulan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara berpanjangan mencatatkan bacaan di antara 150-180 sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga prihatin terhadap isu keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah dan baginda menitahkan supaya kedua-dua aspek itu diberi keutamaan.

Baginda juga bertitah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Semalam, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari di atas titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.  – UTUSAN

The post Yang di-Pertuan Agong nasihatkan tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved