
PETALING JAYA – Meskipun beberapa kawasan di Lembah Klang dibasahi hujan petang ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih kekal pada tahap tidak sihat.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 6.47 petang, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi di Selangor iaitu 178.
Shah Alam dan Banting pula masing-masing mencatatkan bacaan 171, diikuti Klang (166) serta Petaling Jaya (165).
Keadaan sama turut berlaku di ibu negara apabila Batu Muda dan Cheras masing-masing merekodkan bacaan IPU 170, manakala Putrajaya berada pada paras 175.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 28 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, dengan Segamat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 191.
Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan IPU kedua tertinggi pada 188, diikuti Nilai (184) dan Kluang, Johor (180).
Rompin, Pahang turut mencatatkan bacaan 178, manakala Bukit Rambai, Melaka berada pada 176.
Bandaraya Melaka dan Tangkak, Johor masing-masing merekodkan IPU 175, sementara Alor Gajah, Melaka mencatatkan bacaan 172.
Antara kawasan lain yang turut merekodkan tahap tidak sihat ialah Pasir Gudang (171), Larkin (170), Port Dickson (169), Indera Mahkota Kuantan (166), Batu Pahat dan Balok Baru Kuantan masing-masing 165.
Tasek Ipoh pula mencatatkan bacaan 159, Kemaman (158), Pengerang (157), Pegoh Ipoh (156), manakala Minden dan Seri Manjung masing-masing 155.
Tanjung Malim pula mencatatkan bacaan 154, Temerloh (153), Sungai Petani, Kedah, Seberang Perai dan Taiping masing-masing 152 serta Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan bacaan 146.
Sementara itu, sebanyak 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.-KOSMO! ONLINE
The post Walau hujan, IPU Lembah Klang kekal tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






