Beberapa Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Didakwa – Peguam Negara

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menuduh beberapa orang suspek terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Menerusi kenyataan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, langkah itu diambil selepas AGC meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis kepada mereka baru-baru ini.

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama Mohd Dusuki memberitahu walaupun pendakwaan akan dilaksanakan, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh polis.

image is not available

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes ini.

Katanya, elemen berkenaan turut dimasukkan dalam laporan siasatan kes berkenaan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.