Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai

10 Nov 2026 • 8:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai

KUALA LUMPUR – Proses bedah siasat terhadap tiga saudara yang maut selepas disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, selesai kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan bapa saudara mangsa, Haris Salleh Kurais, 42, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

“Bedah siasat sudah selesai kira-kira pukul 3.20 petang. Ia melibatkan ketiga-tiga mereka,” katanya.

Menurut Haris, ketiga-tiga jenazah dijadualkan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kampong Hampalan Kajang, Semporna, Sabah, esok.

Katanya, jenazah dijangka berlepas ke Sabah pada pukul 2.45 petang.

Terdahulu, tiga mangsa termasuk dua beradik, Mohd Sahrif Marusin, 26, dan Mohd Ahzam, 16, serta sepupu mereka, Mohd Safwan Aksan, 18, maut selepas dipercayai disambar petir ketika berada di kawasan padang awam berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang semalam, ketiga-tiga mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di bawah sebatang pokok sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

The post Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved