Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai

10 Nov 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai

KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat terhadap tiga saudara yang maut selepas disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, selesai kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan bapa saudara mangsa, Haris Salleh Kurais, 42, ketika dihubungi sebentar tadi.

“Bedah siasat sudah selesai kira-kira pukul 3.20 petang. Ia melibatkan ketiga-tiga mereka,” katanya.

Terdahulu, tiga mangsa termasuk dua beradik, Mohd Sahrif Marusin, 26, dan Mohd Ahzam, 16, serta sepupu mereka, Mohd Safwan Aksan, 18, maut selepas dipercayai disambar petir ketika berada di kawasan padang awam berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang semalam, ketiga-tiga mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di bawah sebatang pokok sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

Sebelum ini, ketiga-tiga jenazah dijangka dibawa pulang esok ke kampung halaman mereka di Kampong Hampalan Kajang, Semporna, Sabah untuk dikebumikan. – UTUSAN

The post Bedah siasat 3 saudara maut disambar petir selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved