Najib hadir ke Mahkamah Tinggi dengar permohonan AGC isu perintah pelepasan

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 3:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Najib hadir ke Mahkamah Tinggi dengar permohonan AGC isu perintah pelepasan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Bekas Ahli Parlimen Pekan tiba kira-kira pukul 3 petang yang mana beliau hadir bagi mendengar prosiding Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung permohonan mengkaji semula perintah pelepasan.

Terdahulu AGC pagi tadi telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan Najib.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar selepas dihubungi media hari ini.

Menurut Mohd. Dusuki permohonan itu difailkan
berdasarkan perintah yang dikeluarkan mahkamhah pada 6 November lalu.

“Permohonan itu bertujuan mendapatkan satu perintah pelepasan baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Najib hadir ke Mahkamah Tinggi dengar permohonan AGC isu perintah pelepasan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved