Bukan suami tetapi mertua, ipar teman isteri bersalin

Family & Parenting
11 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan suami tetapi mertua, ipar teman isteri bersalin

JAKARTA – Sebuah bilik persalinan di Indonesia menjadi riuh apabila seorang wanita ditemani beberapa ahli keluarga termasuk ibu mertua dan adik iparnya ketika bersalin, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @adehotimah.dfayu menunjukkan seorang wanita sedang berusaha melahirkan bayi sambil dibantu oleh bidan. 

Wanita tersebut bukan bersama si suami, sebaliknya dikelilingi oleh ahli keluarga lain termasuk mertua, menantu hingga ipar yang datang memberikan sokongan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau saya, saya tidak mahu ramai-ramai kerana malu,” kata seorang netizen. 

“Saya nak bersalin dengan suami dan bidan sahaja,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Bukan suami tetapi mertua, ipar teman isteri bersalin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved