
JAKARTA – Seorang pelajar lelaki di Indonesia berdepan detik cemas apabila beg sekolah miliknya tersangkut pada tanduk seekor kerbau semasa berjalan menuju ke sekolah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pelajar itu meminta seorang penunggang motosikal untuk mengambil beg tersebut.
Tidak lama kemudian, penunggang motosikal itu berjaya mengambil beg sekolah yang tersangkut pada tanduk kerbau itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 151,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana boleh tersangkut!” kata seorang netizen.
“Punca datang lewat ke sekolah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Beg sekolah tersangkut pada tanduk kerbau appeared first on Kosmo Digital.






