“Begini rasanya disayangi dunia” – Bukan Saja Dari Malaysia, Serata Dunia Kini Kirim Makanan Buat Pemandu Ojol Indonesia

Entertainment
2 Sep 2025 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak tahu siapa yang memulakannya tetapi usaha rakyat Malaysia yang mengirimkan makanan serta minuman buat penghantar makanan atas talian atau lebih dikenali sebagai pemandu ojol di Indonesia telah mendapat pujian ramai.

Kalau dilihat di platform Threads, ramai berkongsi ‘sedekah’ yang telah dilakukan mereka kepada pemandu ojol dan ada juga yang meminta makanan yang dipesan mereka untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk setempat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Rakyat serata dunia kirim makanan ke Indonesia

Namun selepas usaha ini mendapat perhatian di media sosial, rata-rata netizen dari negara lain juga turut melakukan hal sama.

Mereka juga mula memesan makanan dan minuman buat pemandu ojol di Indonesia serta ada di antara mereka mengirim makanan ini dari negara jauh seperti Korea Selatan, United Kingdom (UK) dan banyak lagi.

image is not available

Tindakan ini ternyata mengundang sebak di hati netizen Indonesia yang tidak menyangka ramai yang prihatin dengan nasib mereka di negara itu.

image is not available

Terdahulu, seorang penghantar makanan, Affan Kurniawan dilaporkan maut selepas dilanggar dan digilis kenderaaan Brimob di Jalan Penjernihan, Jakarta Pusat pada minggu lalu.

Kejadian yang dirakam dan tersebar luas di media sosial itu telah mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan pengemudi ojek dan masyarakat awam di Indonesia.

Sumber: X, TikTok

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.