Seungri Didakwa Sudah Berkahwin & Bakal Timang Anak Pertama Dengan Teman Wanita

EntertainmentLifestyle
28 Oct 2026 • 3:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 36

Bekas anggota kumpulan K-pop popular Big Bang, Seungri, dilaporkan sudah pun secara sah bergelar suami orang dan kini sedang menghitung hari untuk memegang status sebagai seorang bapa.

Menurut laporan media tempatan Ilgan Sports, Seungri dan pasangannya yang berusia 20-an telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara rasmi di mahkamah.

Khabar angin mengenai status rumah tangganya mula menjadi perhatian ramai selepas laporan Gray News mendedahkan bahawa pasangan Seungri dijangka melahirkan bayi lelaki pada Januari tahun depan.

Pendedahan itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa pasangan berkenaan hamil sebelum bernikah. Walau bagaimanapun, Seungri tampil menepis dakwaan tersebut dan memaklumkan mereka buat masa ini tidak bercadang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi perkahwinan kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menyambut kelahiran cahaya mata.

Kembali Diserang Kontroversi Lain

Berita gembira mengenai perkahwinan dan status bakal bapa ini bagaimanapun hadir ketika Seungri sekali lagi terpalit dengan isu undang-undang.

 

Pada Ogos lalu, Seungri didakwa atas pertuduhan mengancam seorang lelaki menggunakan botol soju serta melakukan pukulan di sebuah restoran di Cheongdam-dong, Seoul. Walau bagaimanapun, pihak Seungri mengakui beliau ada memegang botol berkenaan namun menafikan ada menghentam atau memukul individu tersebut.

Dibelenggu Kes “Burning Sun”

Untuk rekod, Seungri atau nama sebenar Lee Seung-hyun mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan pada tahun 2019 selepas terpalit dengan skandal terbesar K-pop, Burning Sun.

Beliau kemudian didakwa atas sembilan pertuduhan termasuk perjudian berulang kali, persediaan aktiviti pelacuran, dan pecah amanah. Pada tahun 2022, Mahkamah Agung Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan ke atasnya sebelum beliau dibebaskan selepas tamat tempoh hukuman.

Sumber: Korea Times

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved