Bekas calon PH lapor polis isu kertas ‘Undilah BN’

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 9:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas calon PH lapor polis isu kertas ‘Undilah BN’

JEMPOL – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivanan membuat laporan polis berhubung beberapa perkara yang didakwa berlaku ketika proses pengundian di Saluran 5, Sekolah Kebangsaan Rompin pada hari pengundian.

Manivanan berkata, laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang, peraturan atau prosedur pilihan raya.

Menurutnya, antara perkara yang dilaporkan ialah penemuan sekeping kertas berwarna biru yang mempunyai tulisan ‘Undilah Barisan Nasional’ berserta logo parti tersebut pada kedua-dua belah kertas berkenaan.

“Saya melihat beberapa pengundi membawa kertas tersebut ke dalam bilik mengundi dan pada satu ketika, kertas berkenaan berada di meja petugas serta dikendalikan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

“Tujuan sebenar kewujudan bahan tersebut perlu disiasat kerana ia berada di dalam bilik mengundi dan mempunyai kaitan dengan proses pengundian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas calon PH lapor polis isu kertas ‘Undilah BN’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved