Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman tujuh hari

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 11:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman tujuh hari

PUTRAJAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru-baru ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah pagi ini selepas membenarkan permohonan SPRM.

Terdahulu, individu berusia 60-an itu tiba kira-kira 9.38 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum di bawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berkenaan tiba dengan keadaan tangan bergari serta berbaju lokap SPRM.

Sebelum ini, laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Sumber sebelum ini memaklumkan, individu itu adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM telah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Mereka terdiri daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan, seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan Tabung Haji.

Pada 30 Julai lalu, SPRM telah menubuhkan pasukan khas bagi meneliti dapatan RCI Tabung Haji termasuk mengenal pasti unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. – UTUSAN

The post Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved