“Salah boss tu” – Gara-gara Isu View Chin, Boss James Turut Kena Kecam

Entertainment
17 Apr 2023 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, isu mengenai influencer TikTok View Chin menjadi buah mulut netizen apabila isterinya, Shermine mendedahkan hubungan sulitnya bersama kakitangan sendiri menerusi Facebook miliknya dengan melampirkan perbualannya dengan kakitangan yang dikenali sebagai Mira.

Bahkan, terdapat juga satu video rakaman CCTV menunjukkan yang dia dipukul oleh View Chin dan ianya tular di merata platform media sosial. Pastinya ia mengundang kecaman orang ramai, namun begitu, disebabkan isu ini, seorang lagi influencer terkena tempias akibat kes tersebut.

 

Netizen salah attack orang

Selain View Chin, pasti ramai yang kenal seorang lagi pempengaruh berbangsa Cina yang mendapat perhatian orang Melayu iaitu, Boss James, konsep yang seakan sama dimana membuat kandungan mengenai pekerjaan dan layanan staf mereka, ada netizen yang jadi keliru kerana menyangka bahawa dia adalah View Chin.

Perkara ini diketahui apabila ada warganet kongsikan satu keratan foto ruangan komen yang menunjukkan Boss James dikecam oleh netizen kerana memukul isterinya.

image is not available

Terpanggil dengan kecaman itu, Boss James tampil memberi respon dengan berpesan kepada individu tersebut agar tidak semberono menghentam orang tanpa kaji identiti seseorang.

Reaksi netizen pula, ramai yang terhibur apabila melihat komen tersebut sehinggakan ia meraih lebih daripada 1,400 jumlah retweets Twitter di dalam masa 20 jam ia dimuat naik.

 

Salah boss tu – Netizen

Member masih single, puasa, tak pasal-pasal kena fitnah…

image is not available image is not available image is not available image is not available

Kesian Boss James, tak apa lah mungkin dugaan bulan puasa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.