
Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.
Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.
"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah.
"Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.
"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.
"Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya," kongsi beliau.





