Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Meninggal Dunia Pada Usia 65 Tahun

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia pada Khamis.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Nizar menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya selain mengenang segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang dicurahkan sepanjang hayat.

“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya.”

Hantaran berkenaan turut disertai ucapan Al-Fatihah buat Allahyarhamah.

Tengku Puteri Zainah Meninggalkan Tiga Cahaya Mata

Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah, 65, merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Terdahulu, laporan mengenai keadaan kesihatannya mencuri perhatian apabila beliau dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Perkhabaran pemergian Allahyarhamah itu hadir tidak lama selepas keluarga memohon orang ramai menitipkan doa buat beliau.

Semoga roh Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d2026-11-04 15:03:40

Bekas Isteri Datuk Seri Najib Kini Kritikal Di ICU, Nizar Mohon Doa Orang Ramai

The post Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Meninggal Dunia Pada Usia 65 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved