Tengku Puteri Zainah meninggal dunia, Nizar Najib titip ucapan sayu – 'Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda'

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 5:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tengku Puteri Zainah meninggal dunia, Nizar Najib titip ucapan sayu – 'Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda'

BEKAS isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Berita duka  itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook.

"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarham Tengku Puteri Zainah.

Image from: Tengku Puteri Zainah meninggal dunia, Nizar Najib titip ucapan sayu – 'Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda'

"Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.

"Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni syurga firdaus.

Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya. Al-Fatihah," titipnya.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham, Datuk Mohd Nazifuddin Mohamad Najib turut menzahirkan kesedihan atas pemergian ibu tercinta.

Image from: Tengku Puteri Zainah meninggal dunia, Nizar Najib titip ucapan sayu – 'Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda'

"Dengan hati yang amat berat, saya menerima pemergian bonda tercinta, Allahyarham Tengku Puteri Zainah, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 5 November 2026.

"Terima kasih, bonda, atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus selama ini. Terlalu banyak jasa dan kebaikan bonda yang tidak mungkin dapat anakanda balas.

"Walaupun bonda sudah tiada, segala kenangan, nasihat dan kasih sayang bonda akan sentiasa anakanda simpan dalam hati. Semoga AlLLAH mengampuni segala dosa bonda, merahmati roh dan menempatkan bonda dalam kalangan penghuni syurga Firdaus," titipnya di Instagram.

Terdahulu, Allahyarham Tengku Puteri Zainah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Najib dan Tengku Puteri Zainah berkahwin pada tahun 1976 sebelum berpisah pada 1987.

Daripada perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Sumber: Facebook, Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved