Bekas Isteri Nubhan Nikah 1 November Nanti Bersama ‘Cap A’, Akui Teruja – “Kalau Dulu Saya Masih Belajar…”

15 Oct 2026 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Isteri Nubhan Nikah 1 November Nanti Bersama ‘Cap A’, Akui Teruja – “Kalau Dulu Saya Masih Belajar…”

Pempengaruh dan doktor gigi, Dr Fie atau nama sebenarnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, bakal melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua apabila memilih 1 November ini sebagai tarikh untuk disatukan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Cap A.

Menurut Dr Fie, persiapan menuju hari bahagia kini hampir 100 peratus selesai, termasuk persiapan majlis akad nikah dan resepsi yang bakal diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Alhamdulilah, tinggal dua minggu lagi kami bakal melangkah ke alam perkahwinan dan kembali membina kehidupan baru bersama anak-anak kami.

Katanya, perkahwinan kali ini memberikan pengalaman berbeza kerana dia sendiri terlibat dalam menguruskan majlis bersama bakal suami.

“Ini juga pengalaman baru apabila kita sendiri aturkan majlis. Dulu saya masih belajar, tiada masa uruskan kenduri. Kali ini ada personal touch selain dibantu taema.kl sebagai pengendali acara.

“Urusan majlis kali ini agak mencabar sebab selepas hampir sedekad, rupa-rupanya kerja kahwin banyak perubahan dengan adanya Wedding Content Creator (WCC) dan Bride Assistant,” katanya kepada Kosmo! Online.

Persiapan Perkahwinan Dr Fie Dan Cap A

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur apabila mendapat sokongan daripada keluarga, penaja dan pihak yang terlibat dalam menguruskan majlis.

“Semua yang saya dan bakal suami rancangkan akan direalisasikan dengan bantuan ramai insan terdekat serta pihak luar. Kiranya persediaan hampir 100 peratus sempurna.

https://www.instagram.com/p/DdNr7XSE4h0/?img_index=1

“Pada awalnya memang nak buat kecil-kecilan tetapi ada yang nak sama-sama memeriahkan majlis termasuk mengindahkan pelamin serta menaja tiga persalinan pengantin.

“Nanti akan ada booth bunga-bungaan, makanan, aneka pilihan minuman serta photobooth dengan bermacam konsep menarik,” ujarnya.

Dr Fie berkata, majlis akad nikah dan resepsi pertama akan berlangsung di Seremban pada hari yang sama, manakala satu lagi majlis persandingan serta sambut menantu akan diadakan di Kuala Lumpur seminggu selepas itu.

Penerimaan Keluarga Dr Fie Dan Peminat

Mengulas perasaannya untuk kembali mendirikan rumah tangga, Dr Fie mengakui perasaan gemuruh tetap ada, terutama dengan kesibukan menguruskan persiapan majlis.

“Alhamdulillah, biasalah perasaan gemuruh mesti ada, mungkin disebabkan sibuk membuat persiapan kenduri selain ada juga kejutan untuk si dia. Sebab itu rasa gementar sikit.

“Tetapi sokongan semua mengiringi perjalanan kami sekeluarga terutama mereka di luar sana yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan kami,” katanya.

Terdahulu, Dr Fie mengumumkan pertunangannya dengan seorang lelaki berstatus duda pada 2 Ogos lalu di kediaman keluarganya di Seremban.

Sebelum itu, Dr Fie dan penyanyi Nubhan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025 selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Kini, Dr Fie bakal memulakan fasa baharu kehidupan bersama tunangnya dan anak-anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Pelakon Kacak Diam-Diam Bernikah, Selamat Diijabkabul Dengan Wanita Pilihan Asal Johor

The post Bekas Isteri Nubhan Nikah 1 November Nanti Bersama ‘Cap A’, Akui Teruja – “Kalau Dulu Saya Masih Belajar…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved