
KOTA BHARU: Bekas jurulatih takewando didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan melakukan amang seksual dan kontak fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Januari 2024 di Jalan Pengkalan Chepa, di sini.
Tertuduh, Soufa Pinyousos, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada pada 9 Januari 2024 semasa jam lebih kurang 4.30 sehingga 6.30 petang dalam sebuah kelab latihan taekwondo beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, telah melakukan kontak fizikal bukan persetubuhan ke atas kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun sembilan bulan.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – UTUSAN
The post Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual appeared first on Utusan Malaysia.





