Bekas menteri direman bantu siasatan RCI TH 

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 7:04 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas menteri direman bantu siasatan RCI TH 

PUTRAJAYA: Seorang bekas menteri direman selama lima hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah setelah permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret semalam.

Peguam bela kepada bekas menteri itu, Datuk Hamidi Mohd. Noh berkata, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, bekas menteri berusia lingkungan 60-an itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.25 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga berlogo SPRM serta tangan bergari sebelum dibawa masuk oleh pegawai agensi berkenaan.

Beliau ditahan kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sebelum ini, SPRM turut menahan reman bekas pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH turut ditahan SPRM bagi membantu siasatan.

Laporan RCI mengenai TH yang antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan bagi meneliti bagaimana keputusan pelaburan terdahulu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan penurunan nilai aset yang teruk.

Selain itu, laporan yang menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan beberapa pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan turut mendapati wujud transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat.-UTUSAN

The post Bekas menteri direman bantu siasatan RCI TH  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved