RCI TH: Dakwaan Bekas Ketua Audit Negara Tak Dijemput Ke Prosiding Adalah Tidak Benar – Pengerusi TH

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 3:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

RCI TH: Dakwaan Bekas Ketua Audit Negara Tak Dijemput Ke Prosiding Adalah Tidak Benar – Pengerusi TH

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 sehingga 2020 masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.

Apa yang menjadi perhatian adalah kenyataan Bekas Ketua Audit Negara (KAN), Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada 13 Ogos yang meluahkan rasa terkilan kerana tidak dipanggil sewaktu sesi prosiding RCI TH dijalankan.

Jelas Madinah yang berkhidmat pada tahun 2017 sehingga 2019, dia telah bersedia serta sudahpun berada di pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi keterangan namun namanya tidak dipanggil ketika prosiding berlangsung.

Dakwaan Madinah Tidak Dipanggil Adalah Tidak Benar – Pengerusi TH

Terbaharu, Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussain mendedahkan kenyataan Madinah yang mendakwa dia tidak dipanggil untuk memberi keterangan ketika prosiding RCI berlangsung adalah tidak benar.

Jelas Rashid, suruhanjaya itu telahpun menyerahkan sepina atau perintah mahkamah kepada Madinah bagi membolehkan dia untuk hadir memberi keterangan kepada panel siasatan.

Madinah Mohon Hadir Bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan

Namun jelas Rashid yang juga ahli suruhanjaya tersebut, Madinah bagaimanapun telah memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan, Mona Othman pada ketika itu namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Mengikut prosiding RCI, siasatan dijalankan secara individu. Namun pada 2 Jun 2022, Puan Mona hadir dan memberikan penjelasan kepada kami, selain menyerahkan laporan penuh.

“Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan kontroversi ini, tetapi saya merasakan penjelasan perlu diberikan.

“Untuk rekod, Tan Sri telah diserahkan sepina. Jadi, apa yang diperkatakan beliau adalah tidak benar,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Madinah Telah Diberi Ruang Yang Cukup Untuk Kemukakan Keterangan, RCI Turut Beri Peluang Kemuka Jawapan Untuk 75 Soalan

Jelas Rashid lagi, Madinah telahpun diberi ruang yang mencukupi untuk mengemukakan keterangan kepada Suruhanjaya terbabit.

Malah, RCI turut memberi peluang kepada Madinah mengemukakan jawapan bertulis terhadap 75 soalan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya berkenaan.

“Jawapan tersebut direkodkan sebagai kenyataan saksi dan beliau menyerahkannya dalam bentuk akuan berkanun pada 1 April 2022,” katanya.

Sebelum ini, Madinah meluahkan rasa terkilan dan menjelaskan haknya untuk didengari dinafikan selepas mendakwa dirinya tidak dipanggil dalam prosiding tersebut meksipun telah menghadirkan diri.

Bahkan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewaktu Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai laporan RCI TH pada 11 Ogos lalu turut menegaskan keadilan perlu diberi kepada bekas KAN itu susulan dakwaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Hak Saya Untuk Didengari Dinafikan” – Bekas Ketua Audit Negara Terkilan Tak Dipanggil Ketika Prosiding RCI TH

Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Audit Negara Gagal Tegur TH Isytihar Hibah 2017 Sebanyak RM2.75 Bilion – RCI Tabung Haji

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved