Bekas pemain nombor satu dunia, pacu negara menang Piala Thomas 2022 tumbang pusingan pertama

22 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Bekas pemain nombor satu dunia, pacu negara menang Piala Thomas 2022 tumbang pusingan pertama

Bekas pemain nombor satu dunia, Srikanth Kidambi, terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar oleh rakan senegara yang lebih muda, Ayush Shetty, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Pertarungan yang berlangsung di Glaz Arena itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu memberikan tentangan sengit kepada Ayush Shetty sebelum tewas menerusi rubber set, 21-16,16-21,12-21 dalam tempoh hampir satu jam pertarungan itu.

 

 

 

Ayush Shetty akan berdepan wakil Jepun, Kodai Naraoka, dalam pusingan kedua selepas Lakshya Sen menarik diri daripada kejohanan berstatus Super 750 itu.

Untuk rekod, Kidambi yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia BWF 2021 itu pernah mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri sebagai perseorangan lelaki kedua dari India yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia pada 2018 sejak Prakash Padukone pada tahun 1980.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved