Bekas pendakwah mengaku tidak bersalah milik gambar bogel

11 Sep 2026 • 7:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Bekas pendakwah mengaku tidak bersalah milik gambar bogel

Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, mengaku tidak bersalah dua pertuduhan milik gambar bogel dan video lucah. Mahkamah tetapkan jaminan RM5,000.

SHAH ALAM: Seorang bekas pendakwah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah di dalam dua telefon miliknya.

Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 6.15 petang, 1 Julai 2025 mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam A. Naveenthiran yang mewakili Faridul Firdaus memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menyara dua isteri dan 11 anak berusia dua bulan hingga 15 tahun, termasuk ibu bapa yang sudah tua.

“Dia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sejak siasatan dibuat tahun lepas, malah tiada risiko melarikan diri atau mengganggu saksi,” katanya.

Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 27 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved