Bekas pengarah syarikat ditahan, disyaki kemuka dokumen palsu

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas pengarah syarikat ditahan, disyaki kemuka dokumen palsu
Bekas pengarah itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan kelulusan pinjaman berjumlah kira-kira RM200 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditahan kira-kira jam 10.35 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bersubahat dengan beberapa individu lain yang telah dituduh sebelum ini.

"Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sekitar tahun 2012," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin depan, 27 April 2026," katanya.