SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia.
Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat.
“Salam takziah kepada Puan Sri Balkis serta seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, mantan Pengerusi SPR.
“Al-Fatihah,” menurut hantaran tersebut.
Terdahulu, allahyarham dilantik sebagai pengerusi SPR menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 24 Januari 2016.
Allahyarham dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 8 Oktober 1954, juga merupakan bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR pada 2014.


