BEKAS @ Plate District hidupkan semula jualan barang lama, terpakai

Sales & PromoLifestyle
14 Sep 2026 • 4:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BEKAS @ Plate District hidupkan semula jualan barang lama, terpakai

KUALA LUMPUR – Barang yang sudah tidak lagi digunakan tidak semestinya hilang nilainya kerana ia ada masih lagi menjadi  ’beautiful find’ buat pemilik baharu.

Bertemakan Barang Lama, Cinta Baharu, satu program jualan, BEKAS @ Plate District bakal menghidupkan idea itu menerusi sebuah bazaar santai yang menghimpunkan barangan terpakai atau preloved, keperluan kanak-kanak, jenama tempatan dan pelbagai pilihan makanan dalam satu ruang yang dekat dengan komuniti.

BEKAS @ Plate District akan berlangsung pada 15 September 2026, dari jam 6 petang hingga 3 pagi, di Plate District, 2816 Jalan Damansara di sini.

Lebih menarik, acara ini berlangsung pada malam sebelum Hari Malaysia, yang merupakan cuti umum pada 16 September, dan sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa perlu risau untuk bangun awal keesokan harinya.

Image from: BEKAS @ Plate District hidupkan semula jualan barang lama, terpakai

Lebih daripada sekadar ruang untuk membeli dan menjual, BEKAS membawa idea mudah bahawa sesuatu yang sudah tidak lagi diperlukan oleh seseorang masih boleh memberi nilai kepada orang lain. Pada masa yang sama, ia turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mencari barangan menarik sambil menyokong vendor dan perniagaan tempatan.

Pengurus penaja BEKAS, Fiza Frizzy berkata, Plate District adalah ruang yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti dan acara.

“Saya percaya konsep BEKAS ini menarik, kerana kita bukan sekadar datang untuk membeli barang, tetapi kita juga memberi peluang kepada barang-barang terpakai yang masih elok untuk digunakan semula.

“Dalam masa sama, kami mahu BEKAS menjadi ruang yang santai untuk orang ramai datang, berjalan-jalan, mencari sesuatu yang mereka suka, menikmati makanan dan pada masa sama menyokong vendor serta jenama tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Fiza, konsep ini juga memberi ruang kepada masyarakat untuk mengamalkan penggunaan barangan yang lebih berhemah dengan memilih untuk menggunakan semula barangan yang masih mempunyai nilai, berbanding membiarkannya tersimpan tanpa digunakan atau terus dibuang.

Pada masa yang sama, kehadiran vendor tempatan menjadikan BEKAS bukan sekadar bazaar preloved, tetapi sebuah ruang untuk usahawan kecil dan jenama lokal berinteraksi secara terus dengan komuniti serta memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan baharu.

Plate District sendiri turut dibangunkan sebagai ruang yang boleh menempatkan pelbagai jenis acara, termasuk acara persendirian serta program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sebagai sebahagian daripada acara in-house.

Melalui BEKAS, Fiza berharap, ruang tersebut dapat terus berkembang sebagai lokasi yang lebih dekat dengan masyarakat, selain memberi peluang kepada komuniti, vendor tempatan dan pengunjung untuk berkongsi pengalaman dalam suasana yang lebih santai. -KOSMO! ONLINE

The post BEKAS @ Plate District hidupkan semula jualan barang lama, terpakai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved