Bekas PM, Najib Razak Dapat Pengampunan?

Politics
30 Jan 2024 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan telah mendapat pengampunan oleh Lembanga Pengampunan, semalam.

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, sumber didakwa telah mengesahkan mengenai hal tersebut ketika dihubungi hari ini. Namun, kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa akan ada satu kenyataan rasmi berhubung pembebasan Najib oleh Lembaga Pengampunan.

Jelasnya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

image is not available

Dilaporkan bahawa Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Untuk rekod, Najib telah menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau mula manjalani hukuman penjara itu pada Ogos 2022. Selain itu, beliau juga kini sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan dengan skandal 1MDB.

Media tempatan sebelum ini telah memetik kenyataan daripada orang kepercayaan Najib yang mengatakan bahawa terdapat ‘suasana positif’ mengenai petisyen pengampunan itu sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Sumber: Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.