Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 10:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Shahidan berkata, beliau amat berdukacita menerima berita pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang sahabat.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya amat berdukacita menerima berita pemergian sahabat saya ini.

“Buat seluruh ahli keluarga, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Untuk rekod, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dari 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri selama tiga penggal dari 1999 hingga 2008 serta menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis. – UTUSAN

The post Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved