“Belajar hormat orang lain” – Tular Video Rebus Daging Khinzir Dalam Cerek Hotel, Ini Respon Mekyun

Entertainment
27 Aug 2025 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tindakan individu yang tidak dikenali dilihat merebus daging khinzir di dalam cerek dalam bilik sebuah hotel.

Tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan itu dilakukan di Malaysia atau di luar negara, video ini telah menerima pelbagai respon negatif netizen yang berasa jijik dengan perkara itu.

“Kettle tu untuk air panas, bukan periuk nak masak!”

Pempengaruh, Mekyun menerusi hantaran di Instagram juga meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan individu ini yang dianggap sebagai tiada ‘common sense’, tiada adab dan tidak hormat pada orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Rebus daging khinzir dalam kettle hotel?! Tak tahulah wujud ke ramai yang buat macam ni dekat Malaysia tapi kalau ada siapa yang buat macam ni, memang tak ada common sense, tak ada adab, tak ada hormat langsung pada orang lain!

“Kettle tu untuk air panas, bukan periuk nak masak! Bayangkan orang lain nak guna lepas tu buat kopi, teh dan untuk Muslims yang langsung tak boleh guna dah sebab dah terkena daging khinzir?!

“Ini satu penghinaan dan buat orang lain rasa tak selamat tau,” tulisnya.

Menurut pempengaruh ini lagi, tindakan merebus daging di dalam cerek itu boleh membuatkan lemak, daging serta bakteria melekat pada permukaan cerek tersebut yang mana ia sesuatu yang amat menjijikkan.

Rata-rata netizen di ruang komen juga dilihat menceritakan pengalaman mereka sendiri berhadapan dengan situasi serupa dan ada yang menjumpai perkara yang lebih menjijikkan seperti kondom di dalam cerek hotel. Ew!

image is not available

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.