Belanja Lebih RM100, Ambil Peluang Untuk Bergambar & Berjumpa Lee Minho Di IOI City Mall

7 Aug 2024 • 12:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, Lee Min-ho akan kerap menemui peminat di Malaysia pada tahun ini!

Siap sedia semua, kerana Lee Min-ho akan menemui peminat di IOI City Mall, Putrajaya, untuk acara produk kecantikan Azarine ‘Jumpa Lee Minho’.

Menerusi info yang dikongsi, pelakon popular itu akan datang pada 16 September ini, bermula jam 5 petang.

Selain itu, untuk mempunyai peluang seperti bergambar dan bertemu Lee Min-ho dengan lebih dekat, peminat boleh membeli produk Azarine dari harga serendah RM100 di Watsons antara 12 Ogos hingga 8 September ini.

Baca info lanjut di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.