Belanja ‘Squishy’ RM12K Untuk Kanak-Kanak, Pempengaruh Abiejam Kesal Komen Zila Bakarin – “Tutup Kepala Saja Tak Cukup, Mulut Pun Kena Jaga”

1 Oct 2026 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Abiejam mengenai perbelanjaan RM12,000 untuk membeli mainan (squishy) bagi kanak-kanak mengundang perhatian pelakon Zila Bakarin.

Komen yang ditinggalkan Zila pada perkongsian berkenaan kurang disenangi Abiejam apabila mendakwa ia seolah-olah membuka ruang kepada netizen untuk mengecam dirinya.

Advertisement

Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, dia meluahkan rasa kesal terhadap komen yang dibuat pelakon berkenaan.

“Tak bodoh, tak bijak. Tengok komen ini. Zila Bakarin Official atau Godzilla, dia komen dekat posting Abiejam yang RM12,000 aku habiskan untuk bagi anak-anak, ‘Ini sebenarnya bodoh ke pandai?’”

Bagaimanapun, Abiejam meminta supaya pelakon wanita itu lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata dan perbuatannya memandangkan sudah berhijrah.

“Tolonglah, kak itu sudah bertudung. Sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengar kenyataan kak mengatakan orang yang mahu berubah jangan dipaksa, biarkan dia berubah sendiri.”

“Jadi kak pun sudah berubah, alhamdulillah. Tetapi sekadar menutup kepala itu tidak cukup. Kak kena jaga pertuturan dan mulut juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abiejam turut memohon maaf sekiranya tindakannya itu mengundang rasa kurang senang buat pelakon berkenaan.

abiejam

Ini kerana, selepas komen pelakon itu, dia mendakwa menerima pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Pada masa sama, Abiejam menegaskan bahawa tindakannya itu dilakukan hanya ingin membantu serta menyokong peniaga yang menjual produk berkenaan.

“Saya buat benda ini, RM12,000 yang saya keluarkan itu, untuk beri sokongan kepada peniaga juga. Ramai peniaga gembira sebab saya beli dengan mereka.”

“Yang kedua, saya buat ini demi anak-anak sebab saya tahu ramai ibu di luar sana sebenarnya tidak mampu nak berikan anak-anak mereka mainan squishy ini,”luahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tun m2026-09-30 10:39:44

Doktor Peribadi Kongsi Kisah Pantau Tun Mahathir Saat Getir - "Beliau Banyak Menangis, Tidak Banyak Bercakap"

The post Belanja ‘Squishy’ RM12K Untuk Kanak-Kanak, Pempengaruh Abiejam Kesal Komen Zila Bakarin – “Tutup Kepala Saja Tak Cukup, Mulut Pun Kena Jaga” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved