Belanjawan 2026 : Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI Akan Dibangunkan

LocalTechnology
10 Oct 2025 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kabel dasar laut merupakan sebuah komponen yang sangat penting untuk menyambungkan negara kepada rangkaian internet global, dan terkini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu projek baru untuk memastikan bahawa Sabah dan Sarawak, negeri-negeri Malaysia Timur juga menikmati kelajuan internet yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.

image is not available

Projek ini dinamakan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI ataupun SALAM dan akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Projek kabel ini adalh sepanjang 3,190 kilometer dan akan menelan kos bernilai RM2 bilion.

Projek ini akan melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah. Setakat ini ia tidak diumumkan lagi bilakah projek ini akan dimulakan, dan bilakah ia dijangka akan siap. Tetapi apa yang pastinya, apabila ia disiapkan kelak, rakyat di lokasi-lokasi tersebut dijangka boleh menikmati sambungan internet yang lebih pantas dan stabil.