Pertikaian Rangkaian Internet Berakhir Tragedi, Ibu Terkorban

22 Sep 2025 • 8:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pertikaian Rangkaian Internet Berakhir Tragedi, Ibu Terkorban

Seorang lelaki berusia 31 tahun di Kardhani, India didakwa membunuh ibunya selepas wanita itu memutuskan sambungan internet di rumah mereka, lapor portal Must Share News.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian selepas mangsa, 52, memarahinya kerana gas memasak di rumah mereka telah habis.

Penyiasat berkata ketegangan tercetus apabila mangsa, memutuskan sambungan internet di rumah dan memarahi lelaki itu kerana membiarkan tong gas di dapur menjadi kosong.

Akibat terlalu marah dengan tindakan ibunya, suspek didakwa mencekik leher dan menumbuk mangsa berulang kali serta memukulnya menggunakan sebatang kayu.

Suspek berjaya ditahan oleh pihak polis

Menurut Must Share News, ahli keluarga cuba menghentikan perbuatan suspek, tetapi mereka turut cedera dalam pergelutan itu.

Jiran yang mendengar kekecohan di rumah itu dengan segera menghubungi polis yang kemudian tiba dan menahan suspek.

Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia mengalami pendarahan dalam telinga sebelum meninggal dunia.

“Punca kematian dipercayai akibat kecederaan di kepala, namun kami masih menunggu laporan bedah siasat,” kata polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved