KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang bankrap daripasa RM100,000 kepada RM150,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mempercepat proses bebas bankrap, Dasar Peluang Kedua Prihatin diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan yang berpendapatan tidak tetap.
"Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C, Akta Insolvensi terus iperkasa bagi mempercepat pembebasan individu bankrap yang memenuhi syarat," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.






