KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik karya Gurindam Dua Belas tulisan Raja Ali Haji bagi menekankan kepentingan keadilan dan amanah dalam pemerintahan negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tradisi pemikiran Melayu sejak dahulu lagi meletakkan kedua-dua nilai itu sebagai teras pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap rakyat.
Menurutnya, ungkapan dalam karya yang dihasilkan pada 1847 itu membawa pengertian bahawa kekuasaan bukan diukur berdasarkan kebesaran kedudukan, sebaliknya melalui keadilan yang dirasai rakyat.
“Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
“Pemerintahan yang berwibawa bukan sekadar pemerintahan yang kuat, tetapi pemerintahan yang tahu bahawa kuasa mesti sentiasa disertai amanah dan pertanggungjawaban,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar turut memetik ungkapan 'Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri' bagi menggambarkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat yang berasaskan kesetiaan, keadilan dan amanah.





