Belanjawan 2027: Belanjawan Madani Kelima berkembang RM510 bilion

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Belanjawan Madani Kelima berkembang RM510 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Belanjawan Madani Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion ketimbang RM470 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah berkenaan meliputi RM376.8 bilion belanja mengurus Persekutuan, RM83 bilion belanja pembangunan Persekutuan dan RM25 bilion pelaburan Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

"Jumlah berkenaan termasuk RM11 bilion pelaburan awam-swasta, RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

"Tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion, ketimbang anggaran asal RM343.1 bilion. Bagi tahun hadapan, hasil dijangka terus meningkat kepada RM380.8 bilion," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga RM40 bilion.

Menurutnya, defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 3.6 peratus, ketimbang sasaran asal 3.5 peratus.

"Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 3.7 peratus tahun lalu. Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028.

"Hasil penurunan defisit dan jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus (2025), 64.0 peratus (2026) dan dijangka 63.7 peratus (2027)," katanya.

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved