Belanjawan 2027: Ekosistem sukan negara terus diperkukuh

9 Oct 2026 • 5:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Ekosistem sukan negara terus diperkukuh

PEMBANGUNAN sukan negara terus diberi perhatian menerusi peruntukan RM460 juta dalam Belanjawan MADANI 2027 bagi memperkasa program sukan berprestasi tinggi, Road to Gold (RTG), pembangunan atlet para dan Sukan Orang Pekak serta penyelenggaraan fasiliti sukan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu merupakan antara langkah kerajaan untuk meneruskan pembangunan ekosistem sukan negara, selain menyediakan sokongan kepada atlet dan memastikan kemudahan sukan dapat diselenggara dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pembentangan itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, ketika Malaysia bakal kembali menjadi tuan rumah kedua-dua temasya berkenaan tahun depan.

Selain persiapan temasya serantau itu, kerajaan turut menyediakan RM30 juta bagi Geran Padanan Sukan untuk menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Peruntukan bagi aktiviti sukan murid sekolah juga ditingkatkan sebanyak 50 peratus kepada RM27 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.6 juta murid di 10,000 sekolah di seluruh negara.

Kerajaan turut merancang penganjuran Liga Perpaduan bagi menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wadah mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum.

The post Belanjawan 2027: Ekosistem sukan negara terus diperkukuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved