Belanjawan 2027 Fokus Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara dan Lindungi Kesejahteraan Rakyat

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 11:34 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Belanjawan 2027 Fokus Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara dan Lindungi Kesejahteraan Rakyat

Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan utama kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara, melindungi kesejahteraan rakyat, serta melaksanakan langkah peningkatan kemampanan fiskal.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menyatakan bahawa penyediaan Belanjawan 2027 mengambill kira faktor ketidaktentuan ekonomi global di samping memenuhi ekspektasi rakyat yang semakin tinggi terhadap mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Sektor Strategik dan Pelaburan Berdampak Tinggi

Menurut Amir Hamzah, kerajaan komited untuk mempertingkat daya saing ekonomi menerusi galakan pelaburan berkualiti tinggi, peningkatan produktiviti, dan pembangunan sektor berasaskan nilai tambah tinggi yang mampu menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Fokus utama belanjawan akan tertumpu kepada beberapa sektor strategik:

  • Teknologi & Digital: Pembangunan industri semikonduktor, ekonomi digital, serta kecerdasan buatan (AI).

  • Kemampanan & Kewangan: Sektor peralihan tenaga dan pengukuhan kewangan Islam.

Kenyataan ini disampaikan semasa beliau berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai Di Langit, Mengadap Di Bumi” yang berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Sumber Laporan: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved